

Libatkan diri dalam aktiviti yang sebelum ini tidak dapat dilakukan dengan internet satelit. Dijadikan realiti dengan adanya buruj satelit termaju yang terbesar di dunia yang beroperasi pada orbit rendah mengelilingi Bumi.

Sediakan Starlink dengan hanya dua langkah. Ikut arahan dalam sebarang tertib:
1 SAMBUNGKAN KEPADA SOKET
2 ARAHKAN KE LANGIT
Posisi Starlink harus bebas halangan dan mengarah ke langit. Muat turun Aplikasi Starlink untuk menentukan lokasi pemasangan anda yang terbaik.

Pelan perkhidmatan Starlink Kediaman termasuk pilihan data berkelajuan tinggi tanpa had untuk kediaman anda.

Starlink direka untuk menahan unsur tersebut - ia boleh mencairkan salji serta menahan hujan beku, hujan lebat dan angin kencang.

Kit Starlink disertakan dengan semua kelengkapan yang anda perlukan untuk masuk dalam talian dalam hanya beberapa minit.











"Dunia yang berbeza sama sekali...Sebelum Starlink kami terpaksa mencatu data dan tidak dapat menstrim. Kami kini boleh memuat turun fail, bermain Pandora, menggunakan Zoom dan tiada kependaman sama sekali."
“Benar-benar inovatif! Bukan sekadar menanam tebu di bibir mulut seperti penyedia lama kami yang perlahan. Sambungkan kepada soket dan arahkan Si Antena Kecil ke langit, itu sahaja! Tidak sampai 5 minit, status kami berubah daripada terpinggir kepada mempunyai sambungan Internet terpantas di kawasan ini."
Berjuta-juta orang tidak bersambung ke Internet - kami gembira untuk mengatakan bahawa kami bukan lagi dalam golongan mereka. Sepantas kilat dan masuk dalam talian hanya dalam beberapa minit, Starlink mengakhiri perjalanan kami selama enam tahun.